New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Khamis, 29 Disember 2011

Program Transisi Tahun Satu 2012

Ikuti secara langsung Program Transisi Tahun Satu di blog ini esok. Jam 8.00 pagi.

Jumaat, 2 Disember 2011

PROSES SOKONGAN PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012 OLEH KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR

Sukacita dimaklumkan bahawa PROSES SOKONGAN PPG 2012 bagi Permohonan PPG 2012 yang dilaksanakan oleh KETUA JABATAN/PENGETUA/GURU BESAR SAHAJA telah bermula pada 1/Disember/2011 hingga 6/Disember/2011. Sebarang masalah dan pertanyaan sila ajukan kepada BAHAGIAN PENDIDIKAN GURU (BPG) di talian 03-8884 1269 / 1270 /1272 / 1273 /1000.

Jumaat, 25 November 2011

Selamat Bersara kepada Guru-guru SKS

Majlis Persaraan:

Pn. Hjh. Noor Aziah bt. Md. Arif,

Datin Noraihan bt. Ibrahim

Pn. Ruziah bt. Sulaiman

Pada:

18-11-2011

Selamat bersara pada kalian semua.

Jasa kalian besar ertinya.

Semoga berbahagia dengan apa

sahaja perkara yang dilakukan.

Terima kasih guru

yang mengajarku dulu

membawaku ke ladang-ladang ilmu

dengan sabar tak kenal jemu

kini kupetik buah kejayaan itu

dari pohon jasa seharum narwastu.

Terima kasih guru budiman

yang merungkai erti kehidupan

menanam benih-benih kemanusiaan

memadam puntung-puntung

kesombongan

bagai bintang di kegelapan malam

di tengah lautan jadi pedoman.

Isnin, 14 November 2011

Music Day SKS @ MATIC 2011

18 November 2011
Studio MATIC, Jalan Ampang
8pm

#Ticket price: RM40
For detail, plz contact: En. Rahimi (019-6101998)

Dibawakan kepada anda oleh ASWARA dan SBT SKS

Artis:
Erul AF
Kumplan Flava
Project Pistol

Rabu, 9 November 2011

SIARAN AKHBAR - KEPUTUSAN PEPERIKSAAN UJIAN PENCAPAIAN SEKOLAH RENDAH TAHUN 2011

by Official : Kementerian Pelajaran Malaysia on Wednesday, November 9, 2011 at 4:18pm

Majlis Pengumuman Analisis Keputusan UPSR 2011 akan diadakan pada hari Khamis, 17 November 2011 pada jam 9.00 pagi di Bilik Mesyuarat Utama, Aras 6, Blok E8, Kompleks Kerajaan Parcel E, Putrajaya.

Pada tahun ini seramai 497,691 orang calon telah menduduki UPSR di 8,235 pusat peperiksaan di seluruh negara.

Calon boleh mendapatkan keputusan mereka daripada sekolah masing-masing selepas jam 10.00 pagi pada hari yang sama.


Lembaga Peperiksaan

Kementerian Pelajaran Malaysia

9 November 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG SKS 2011


Jumaat, 4 November 2011

Majlis sambutan Hari Kanak-Kanak Peringkat Sekolah 2011







Latar Belakang

Berdasarkan kepada fakta-fakta sedia ada, Sambutan Hari Kanak-Kanak SeDunia yang pertama telah dianjurkan oleh International Union For Child Welfare pada tahun 1953 dan diiktirafkan oleh UNICEF (United Nations Children's Fund) pada tahun 1954 dan hanya pada 20 November 1959 PBB telah mengistiharkan Hari Kanak-Kanak SeDunia dan meminta semua negara merayakannya pada setiap tahun.

Di Malaysia Perayaan Hari Kanak-Kanak SeDunia telah mula disambut pada 8 Oktober 1959 bertempat di Stadium Negara Kuala Lumpur iaitu sebaik sahaja PBB mengistiharkannya sebagai hari untuk persaudaraan sejagat dan kefahaman dikalangan kanak-kanak seluruh dunia.

Manakala di sekolah ini, hari Kanak-Kanak turut disambut setiap tahun dengan pelbagai acara disusun secara sederhana.

Selamat Hari kanak-Kanak kepada semua murid SK Setiawangsa...!

-All pictures taken by En. Ahmad Nasaruddin-

Majlis Makan Malam Mesra PIBG 2011





"Semurni Ikatan, Sekalung Penghargaan"
29 Oktober 2011

-Photos by En. Ahmad Nasaruddin-

Khamis, 20 Oktober 2011

PKSR 2/2011 sedang berlangsung






PKSR2/2011 kini sedang berlangsung.
subjek: Pendidikan Seni Visual.
Photo: 08.20 am-20 Oktober 2011
taken by EzamRamlan

Isnin, 17 Oktober 2011

Jadual PKSR 2/2011

Sesi Petang (Tahun 2,3 dan 4)

Sesi Pagi (Tahun 1, 5 dan 6)

Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012

Permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma
Sukacita dimaklumkan bahawa permohonan ke Program Pensiswazahan Guru (PPG) Ambilan 2012 telah dibuka bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Lepasan Diploma di bawah lantikan SURUHANJAYA PERKHIDMATAN PELAJARAN (SPP). Sila baca terma dan syarat-syarat permohonan dengan teliti sebelum memohon di sini. Sebarang pertanyaan dan masalah boleh hubungi Bahagian Pendidikan Guru (BPG) di 03-88841269 / 1166 / 1323 /1271 / 1272 / 1270.

[Artikel berkaitan]

SENARAI BIDANG YANG AKAN DITAWARKAN UNTUK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012
SEKOLAH RENDAH

1. Pendidikan Awal Kanak-Kanak
2. Pendidikan Khas Masalah Pembelajaran
3. Pengajian Agama Islam
4. Pengajian Bahasa Cina
5. Pengajian Bahasa Inggeris
6. Pengajian Bahasa Melayu
7. Pengajian Bahasa Tamil
8. Pengajian Bimbingan & Kaunseling
9. Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)
10. Pengajian Matematik
11. Pengajian Muzik
12. Pengajian Pendidikan Jasmani
& Kesihatan
13. Pengajian Pendidikan Khas (Umum)
14. Pengajian Pendidikan Seni Visual
15. Pengajian PK (Pemulihan)
16. Pengajian Sains
17. Sejarah
HJ/PP(UPA-PPG2011)

SENARAI BIDANG YANG AKAN DITAWARKAN UNTUK PROGRAM PENSISWAZAHAN GURU AMBILAN 2012
SEKOLAH MENENGAH

1. Pengajian Agama Islam
2. Pengajian Amalan Bengkel Mesin
3. Pengajian Automotif (Kenderaan)
4. Pengajian Bahasa Cina
5. Pengajian Bahasa Inggeris
6. Pengajian Bahasa Melayu
7. Pengajian Bahasa Tamil
8. Pengajian Ekonomi Rumah Tangga
9. Pengajian Geografi
10. Pengajian Kejuruteraan Awam
11. Pengajian Kejuruteraan Elektrik & Elektronik
12. Pengajian Kejuruteraan Mekanikal (Kimpalan)
13. Pengajian Kemahiran Hidup (KMT)
14. Pengajian Matematik
15. Pengajian Menservis Peralatan Penyejukan
& Penyaman Udara
16. Pengajian Pendidikan Jasmani & Kesihatan
17. Pengajian Pendidikan Seni Visual
18. Pengajian Sains
19. Pengajian Sains Sukan
20. Pengajian Sejarah

Ahad, 25 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2011

Majlis yang meriah dan penuh keceriaan tersebut telah diadakan pada hari Jumaat (23 Sep 2011) yang lalu. Berikut adalah sedikit gambar sekitar majlis.




Ahad, 11 September 2011

Jadual Ujian Formatif 3 2011

Tahun 1, 5 dan 6 (sesi pagi)

Tahun 2, 3 dan 4 (sesi petang)

*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Khamis, 25 Ogos 2011

Cuti bermula..ambil langkah-langkah keselamatan apabila meninggalkan rumah..

Sebelum meninggalkan rumah anda, sila maklumkan kepada Rakan Cop melalui SMS:

POLISKL BK [alamat] [tarikh bercuti] dan hantarkan ke 32728

lagi...

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG (PDRM)

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Memandulah dengan cermat dan berhati-hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

daripada

blog berita SKS

CUTI RAYA 2011 DAN MAKLUMAN PEP. UPSR

Berikut adalah maklumat-maklumat yang berkaitan:

1. Cuti pertengahan semester kedua : 27/8/2011 – 4/9/2011

2. UPSR : 13/9/2011 – 15/9/2011 (Selasa, Rabu dan Khamis)

3. Jadual giliiran hadir ke sekolah sempena UPSR:

HARI

TARIKH

MASA

SESI

12 SEP 2011

TAHUN 1 & TAHUN 6 SAHAJA

TAHUN 2 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

1.00 – 6.30 PM

PAGI

PETANG

13 SEP 2011

TAHUN 5 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

14 SEP 2011

TAHUN 4 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

15 SEP 2011

TAHUN 3 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

16 SEP 2011

CUTI SEMPENA PENUBUHAN MALAYSIA

4. Ujian formatif 3 (tahun 1 – 5): 20/9/2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Ceramah P&P dan Bengkel Menanda Kertas Peperiksaan

Mengakhiri bulan Julai 2011, pihak sekolah telah menganjurkan satu program dianamakan "Bengkel Pemeriksaan Kertas Subjektif UPSR"
Bengkel tersebut melibatkan semua guru-guru SK Setiawangsa, KL.
Dimulakan pada jam 8.15 pagi, pengisian pada hari tersebut adalah:

1. Ceramah berkenaan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan yang disampaikan oleh Pn. Ashah bt. Samah. Dijalankan di bilik gerakan, kelihatan semua guru memberikan perhatian yang sepenuhnya kerana kaedah penyampaian yang menarik dan informasi yang sangat dekat dengan persekitaran guru-guru sekolah ini.

2. Bengkel penandaan kertas pula dilaksanakan di dua venue yang berasingan iaitu:
i. Bahasa Inggeris - Bilik Gerakan
ii. Bahasa Melayu - Bilik Media

3. Aktiviti panitia :
i. Matematik
ii. Sains
iii. Pend. Agama Islam

Program pada hari tersebut berakhir pada jam 1.15 pm dengan semua guru menjamu selesa di kantin sekolah.

Download bahan ceramah di sini:
P&P berkesan
sistem fail

Jumaat, 29 Julai 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm

Pada hari rabu yang lalu bersamaan 27 Julai 2011, kami seramai 130 orang murid dan guru. termasuk 7 orang murid dari SK Melawati turut mengikuti siri kedua Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm yang terletak di Slim River, Perak. Kami telah memulakan perjalanan dengan menaiki 3 buah bas bermula jam 8 pagi. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kami tentang perusahaan ternakan kambing disamping menimba beberapa pengetahuan dan pengalaman baru.

Lokasi 1 : Al-Hilmi Agrofarm
Lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di lokasi yang dijanjikan iaitu di Al-Hilmi Agrofarm. Kedatangan kami disambut dengan begitu baik oleh pemilik Ladang tersebut bersama beberapa orang pekerjanya. Sebelum memulakan program kami mendengar ucapan dan menjamu hidangan yang sudah siap disediakan iaitu nasi lemak ayam goreng, rambutan, langsat, manggis, durian dan sup kambing.

Selepas menjamu selera, kami semua diberi sedikit taklimat dan bergerak ke beberapa lokasi yang berkaitan termasuklah tempat memproses makanan, penyembelihan, baja dan beberapa tempat lagi. Banyak juga pengatahuan baru yang telah kami perolehi sepanjang menjalani lawatan ke lokasi-lokasi yang terdapat di sekitar ladang tersebut. Sebelum bergerak keluar dari Al-Hilmi Agrofarm, kami diberi beg plastik untuk mengisi buah-buahan untuk dibawa pulang dan juga diberikan cenderamata.

Lokasi 2 : Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah
Lawatan pertama telah pun selesai, kami meneruskan perjalanan ke lokasi kedua iaitu Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah. Di sini terdapat beberapa buah kolam air panas yang di bina untuk orang ramai berendam. Selain kolam air panas terdapat juga kolam air gunung tempat untuk bermandi-manda. Agak malang bagi kami kerana tidak dapat mandi di kolam tersebut kerana petugas disini sedang membersihkan kolam tersebut. Walaubagaimanapun kami tetap berpuashati kerana berpeluang untuk berendam di dalam kolam air panas yang telah tersedia.

Selepas puas berendam kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu merebus telur. Sebenarnya terdapat tempat khusus telah disediakan untuk merebus telur. Kami hanya perlu membeli beberapa biji telur dan merebusnya dengan cara yang betul. Ini juga merupakan pengalaman menarik bagi kami.

Lokasi 3 : Kentucky Fried Chicken
Kami seterusnya bergerak pulang selepas siap menjalankan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Klah. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah sebentar di Restoran Jejantas untuk menunaikan solat dan juga makan. Seronok rasanya dapat makan KFC bersama rakan-rakan. Kami makan 2 ketul setiap seorang, ada juga yang lebih mungkin lapar agaknya.

Program lawatan sambil belajar ini memberi peluang untuk kami semua menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Tepat Jam 7.15 malam kami selamat tiba di sekolah. Alhamdulillah semuanya selamat dan seronok dengan program yang telah dijalankan ini. Semoga beberapa siri lawatan seperti ini dapat dirancang dan dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin tidak terdapat di sekolah.