New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Isnin, 28 Februari 2011

SK Setiawangsa di Buletin Utama TV3 27 Feb 2011

Pelawat Dari SK Permatang Bertam

Guru-guru dari SK Permatang Bertam melawat Galeri Sejarah

Seawal jam 8 pagi 26 Februari 2011, SK Setiawangsa K.L telah menerima lawatan pertama daripada guru-guru SK Permatang Bertam, Pulau Pinang. Tujuan lawatan ini adalah sebagai penanda aras iaitu menjadikan SK Setiawangsa sebagai sekolah contoh untuk mereka berkongsi kebaikan dan kebihan yang terdapat di sekolah ini.

Sambutan diadakan secara sederhana sahaja melibatkan semua Guru Penolong Kanan dan beberapa orang guru. Hal ini kerana pada hari tersebut pelbagai aktiviti lain turut dijalankan yang melibatkan hampir semua guru termasuklah program Bistari Solat Tahun 3, Orkestra dan Rombongan Badan Kebajikan Guru ke Hat Yai Thailand.

Sepanjang pelawat berada di sini, mereka telah dibawa melawat ke bilik-bilik khas termasuk Bilik Bimbingan, Bilik Muzik, Bilik Nur Kasih, Bilik SPBT dan Pusat Sumber. Mereka turut melawat kelas-kelas tahun 1 dan beberapa bilik khas lain yang terdapat di Blok Baru.

Sebelum berakhir sesi lawatan mereka seramai 42 orang guru telah dibawa ke Bilik Gerakan untuk melihat persembahan multimedia, sesi soal jawab, bertukar cenderamata dan Jamuan.

Majlis Penutup Bulan Penghayatan Islam

Ustaz Hj. Shahrul Azam, Tn. Hj. Ruslan dan En. Sukardi

Pada 25 Februari yg lalu, SK Setiawangsa telah mengadakan satu Majlis Penutupan Bulan Penghayatan Islam & Sambutan Maulidur Rasul. Bulan Penghayatan Islam telah dimulakan sejak 24 Januari lalu dengan pelbagai pengisian dan aktiviti telah diwujudkan bagi menghidupkan suasana Penghayatan Islam terutamanya terhadap diri setiap murid yang beragama Islam dengan tema 1 Ummah 1 Malaysia.

Majlis Penutup yang disertai dengan sambutan Maulidur Rasul 1432 Hijrah diisi juga dengan ceramah oleh penceramah yang tidak asing bagi warga SK Setiawangsa iaitu Ustaz Hj. Shahrul Azam Bin Noor Zeli.Penceramah ini merupakan bekas guru j-QAF di SK Setiawangsa. Selain ceramah agama, turut disampaikan beberapa hadiah kepada para pemenang yang telah berjaya dalam beberapa pertandingan yang telah dijalankan sepanjang bulan tersebut. Tidak ketinggalan juga murid-murid disajikan dengan persembahan nasyid yang cukup menghiburkan.

Khamis, 24 Februari 2011

Lagu baru Wilayah Persekutuan

Maju dan Sejahtera

Inilah wilayah bumi yang bertuah

Maju membangun dijulang megah

Aman sentosa di sepanjang masa

Teguh disemai sentiasa

Membara semangat setiap warganya

Cergas mindanya semangat waja

Pada wilayah ditumpah setia

Hormat hormati penuh mesra

Bersatulah Berbaktilah Semua warga wilayah

Sayangilah Lindungilah Sepenuh jiwa raga

Kita jaga keharmonian semua

Maju sejahtera Wilayah Persekutuan

Track02 lagu wilayah baru by duwan06


download lagu


Lagu Sekolah

Menuju Kejayaan

Kami berikrar dan berjanji

Mengisi ilmu di dada

Gigih berusaha rajin belajar

Mengamal nilai murni

Guru pendorong matlamat suci

Ibu bapa pimpinlah kami

Agar maruah sentiasa dibela

Sekolah Setiawangsa

Beriman, Berilmu, dan juga Berbakti

Itulah pegangan kami

Mulia agama, bangsa, Negara

Menuju ke arah kejayaan

Menuju ke arah kejayaan

Track03 lagu sekolah baru minus one by duwan06

Selasa, 22 Februari 2011

Ujian Intervensi 2 dan Formatif 1


Ujian Intervensi 2 (tahun 6) dan Ujian Formatif 1 (tahun 2-6) telah bermula. Ujian intervensi 2 adalah kesinambungan dengan ujian intervensi 1 yang telah dijalankan pada tahun lepas. Ujian ini mengambilkira 5 subjek sahaja iaitu BM1, BM2, BI, Math dan Sains. Selain itu, ujian ini bertujuan untuk melihat pencapaian semasa murid dan membolehkan pihak jabatan dan sekolah melihat kesediaan murid untuk menduduki UPSR pada tahun ini.

Ujian formatif 1 pula dijalankan bertujuan untuk menilai penguasaan murid terhadap beberapa kemahiran awal yang telah dipelajari. matapelajaran yang terlibat adalah BM, Matematik, BI, Sains, Kajian Tempatan, Pendidikan Agama Islam dan Moral.

Isnin, 21 Februari 2011

Menyambut Kepulangan Guru Besar SBT

Menyingkap kembali sejarah lalu SK Setiawangsa pada mulanya menjadi Sekolah Harapan Negara (2002), kemudiannya diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan(2008) kini maju setapak lagi menggapai anugerah tertinggi iaitu Anugerah Berperestasi Tinggi(SBT) bagi kohort kedua 2011.

Kejayaan yang dicapai ini telah memberi satu kebanggaan buat warga SK Setiawangsa. Oleh itu, satu Majlis Khas Menyambut Ketibaan Tunggak Utama Sekolah iaitu TN. Hj. Ruslan Madon dirancang dan telah berjaya dilangsungkan pada 21 Februari 2011. Alhamdulillah walaupun persiapan dilakukan secara mengejut, namun sambutan ini dilihat begitu meriah dengan wajah guru-guru dan murid-murid kelihatan begitu ceria menyambut kepulangan beliau. Turut diraikan Pn. Hjh. Siti Rokiah Salleh mantan GPK1 SK Setiawangsa yang merupakan antara orang kuat yang telah sama-sama membantu SK Setiawangsa mendapatkan Pengiktirafan SBT tersebut.
Tn. Hj. Ruslan kelihatan ceria menunjukkan Sijil Pengiktirafan SBT...

Tn. Hj. Ruslan menyatakan rasa terharu dan terkejut dengan sambutan yang telah diadakan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Pada Akhir ucapan, Tn. Hj. Ruslan Madon mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa, PIBG dan murid-murid. Beliau juga berharap semua guru dapat menghayati program pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi dan murid-murid dapat meneruskan kecemerlangan agar gelaran pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ini tidak ditarik balik.

Tn. Hj Ruslan Madon memotong kek sambil diperhatikan
oleh Pn. Mariam, Pn. Hjh. Siti Rokiah dan En. Sukardi


Majlis tersebut telah diakhiri dengan sesi memotong pulut kuning dan sesi bergambar guru-guru bersama Tn. Hj. Ruslan Madon. Semoga pengiktirafan ini menjadi satu batu loncatan untuk sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik pada masa akan datang.
Isyarat bagus tanda bangga dengan kejayaan yang telah dicapai


Bahagian 1

Sabtu, 19 Februari 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Barangkali ada yang bertanya dan kurang memahami berkenaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Apakah yang dimaksudkan dengan SBT? Mengapa SK Setiawangsa berasa begitu berbangga dengan penganugerahan ini?...

LATAR BELAKANG

Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 27 Julai 2009.

".....sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".

(YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, PICC, 27 Julai 2009)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT kohort 1 oleh YAB Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Majlis pengiktirafan SBT telah diadakan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010.

[Baca lagi...

Sumber : bpsbpsk.webs.com/sekolahberprestasitinggi.htm

Khamis, 17 Februari 2011

SK Setiawangsa KL, Diiktiraf Sebagai SBT

Petikan berita harian online 17 Feb 2011:

LIMBANG: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin hari ini mengumumkan nama 23 sekolah lagi yang diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) selepas ia didapati memenuhi kriteria yang diperlukan.

Beliau membuat pengumuman nama-nama sekolah itu semasa melawat Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, kira-kira 55 kilometer dari sini, yang juga salah satu daripada sekolah yang tersenarai di bawah pengiktirafan itu.Katanya, sekolah-sekolah itu terdiri daripada

1. Sekolah Menengah Imtiaz, Terengganu
2. Sekolah Menengah Kebangsaan Jalan Empat, Selangor
3. Sekolah Tuanku Abdul Rahman, Perak;
4. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Gombak, Selangor;
5. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Kubang Pasu, Kedah
6. Sekolah Berasrama Penuh Integrasi Pekan, Pahang;
7. Sekolah Menengah Sains Alam Shah, Kuala Lumpur
8. Sekolah Menengah Sains Tengku Muhammad Faris Petra, Kelantan
9. Sekolah Menengah Sains Miri, Sarawak
10. Sekolah Menengah Sains Seri Puteri, Kuala Lumpur
11. Sekolah Menengah Sains Selangor, Kuala Lumpur
12. Sekolah Menengah Sains Tengku Abdullah, Pahang
13. Sekolah Menengah Sains Muar, Johor
14. Sekolah Kebangsaan (SK) Ulu Lubai, Sarawak
15. SK Convent Muar, Johor
16. SK Seri Biram, Pahang
17. SK Sultan Ahmad Tajuddin, Kedah;
18. SK Setiawangsa, Kuala Lumpur
19. SK (Perempuan) Methodist Kuantan, Pahang
20. SK Sultan Ismail, Terengganu
21. SK Jalan Tiga, Selangor
22. SJK(C) Perempuan China, Pulau Pinang
23. SJK(C) Lick Hung, Selangor

Muhyiddin yang juga Menteri Pelajaran berkata, tahun lalu 20 sekolah diumum sebagai SBT.

Berhubung pencapaian SK Ulu Lubai, Muhyiddin berkata, sekolah ini menunjukkan pencapaian akademik yang cemerlang sejak 2006 dengan memperolehi kelulusan 100 peratus dalam UPSR.

Katanya, sekolah itu mengambil pelbagai inisiatif yang cukup luarbiasa sehingga membolehkan ia menjadi sekolah pedalaman pertama mendapat pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi.
Beliau berkata, sekolah itu juga pernah memenangi dua anugerah di peringkat antarabangsa, lima anugerah peringkat kebangsaan dan 14 peringkat negeri. - BERNAMA

Jadual Ujian Formatif 1 2011

JADUAL UJIAN FORMATIF 1 SESI PETANG (2, 3 dan 4)


JADUAL UJIAN FORMATIF 1 SESI PAGI (5 dan 6)


Isnin, 14 Februari 2011

Watikah Pelantikan Pengawas

Pada 14 Februari 2011, Satu majlis pelantikan pengawas telah diadakan secara berasingan bagi sesi pagi di dataran perhimpunan manakala sesi petang di Dewan Blok D. Majlis diadakan bertujuan untuk menyerahkan Watikah Pelantikan secara rasmi kepada semua pengawas yang terdiri daripada Pengawas Sekolah, Pengawas Pusat Sumber, Pengawas SPBT dan Pengawas Kantin.

Wakil Penerima Watikah Pelantikan Pengawas 2011 adalah seperti berikut:

Ketua Pengawas Sekolah :
Shahir bin Sha'ari

Pen. Ketua Pengawas :
1. Amir Faris bin Mohd Kamri
2. Siti Aisyah bt Mohd Ridzuan

Ketua Pengawas Pusat Sumber :
Nurul Hanis bt Abd Rahim

Pen. Pengawas Pusat Sumber :
Amirah bt Muhamad Jalani

Ketua Pengawas SPBT :
Ilya Nursufiana bt Mahmud

Pen. Ketua Pengawas SPBT :
Mohd Zainur Khairul b Zainurin

Ketua Pengawas kantin :
Muhammad Izzat Jamil

Pen. Ketua Pengawas Kantin :
Damia Syamimi bt Ahmad Zaidi

Sabtu, 12 Februari 2011

Tempoh Penghantaran Rekaan Kulit Majalah Ditambah

Pada hari Isnin bersamaan 7 Februari yang lepas, Sidang redaksi majalah sekolah telah menganjurkan satu pertandingan mereka cipta nama dan kulit majalah sekolah. Walaubagaimanapun tempoh penghantaran hasil rekaan hanya diperuntukkan seminggu iaitu tarikh berakhir pertandingan tersebut pada 13 Februari.

Setelah bermesyuarat pada hari Khamis lepas sidang redaksi sebulat suara bersetuju untuk menambah tempoh masa pertandingan ke tarikh yang baru iaitu pada 28 Februari 2011. Sehingga ke hari ini sebanyak lebih kurang 20 hasil cipta telah diterima. Maklumat lanjut sila rujuk poster dibawah, Klik untuk paparan yang lebih jelas.

Selasa, 8 Februari 2011

Jadual penghantaran buku untuk murid tahun 1

Berikut adalah jadual penghantaran buku untuk murid tahun 1 pada hari Rabu dan Jumaat.
Surat rasmi akan diedarkan kepada semua murid.



Klik imej untuk paparan lebih besar.

Penyusunan semula kelas tahun 1

Tajuk: Penyusunan semula kelas Tahun 1
berdasarkan subjek Bahasa Arab dan bahasa Cina.


Tujuan:

1. Menyusun semula murid-murid tahun 1 berdasarkan keputusan Ujian Diagnostik yang telah dijalankan.

2. Penyusunan murid adalah berdasarkan opsyen pilihan mereka iaitu (Bahasa Arab atau bahasa Cina).*

*Permintaan untuk Bahasa Cina tidak dapat dipenuhi sepenuhnya disebabkan kelas yang terhad. (permintaan melebihi kuota yang ditetapkan)

Surat rasmi akan dikeluarkan.

Sumber: Guru tahun 1

Cara memulakan pendaftaran zoom-a


DOWNLOAD video...

Jadual Bahasa Arab tahun 4 dan 5



Klik imej untuk paparan lebih besar

Perincian Persekolahan 2011


Klik imej untuk paparan lebih besar

Pertandingan Cipta Nama & Reka Kulit Majalah

KLIK pada gambar Untuk Paparan yang lebih jelas

Selasa, 1 Februari 2011

Bermulanya Latihan Sukan 2011

Sepanjang semester pertama ini, beberapa siri latihan sukan akan dimulakan. Sesi latihan rumah sukan bagi persiapan Sukan Tahunan Sekolah yang bakal berlangsung di UIA Gombak pada 16 April 2011 akan bermula awal Februari ini. Penglibatan semua murid tahap 2 adalah diwajibkan melainkan mempunyai pengecualian melalui surat kepada guru yang terlibat.

Di samping itu turut berlangsung latihan beberapa jenis sukan yang melibatkan wakil sekolah dalam beberapa jenis sukan seperti bola tampar, ping pong, bola sepak, bola jaring, sofbol, olahraga dan beberapa jenis sukan lagi. Latihan ini tertumpu kepada murid yang berjaya dipilih setelah melalui ujian pemilihan mengikut bidang sukan yang dipilih masing-masing.




Hasrat: SK Setiawangsa berharap dapat mengulangi pencapaian terbaik merangkul Johan Sofbol (P) Peringkat Negeri dan Ketiga Sofbol (L) Peringkat Negeri tahun 2009.






Oleh itu, ibu bapa sangat diharapkan agar sentiasa memantau prestasi anak dari semasa ke semasa agar yang dikejar dapat dan yang dikendong pula tidak berciciran. Semangat serta dorongan daripada ibu bapa adalah merupakan salah satu faktor terhadap kejayaan murid.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih untuk mewakili sekolah. Semoga latihan yang giat dimulakan ini dapat membuahkan hasil dalam membantu menaikkan nama SK Setiawangsa. Kami juga berharap agar penyertaan murid mewakili sekolah dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta sentiasa bersemangat.