New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Selasa, 28 Jun 2011

PERKHEMAHAN BERSEPADU TAHUN 5

Pada akhir program ini, para peserta akan dapat:

i. Meluahkan rasa syukur dengan alam kurniaan yang Maha Esa.

ii. Bermalam di dalam khemah bersama-sama rakan/kumpulan masing-masing.

iii. Membina sekurang-kurangnya satu jenis perangkap haiwan di dalam hutan.

iv. Berdikari melalui kerja individu seperti mencuci kasut sendiri dan mengurus diri sendiri.

v. Menyatakan rasa seronok dengan aktiviti seperti jungle tracking, night walk dan merentas halangan.


Perkhemahan tersebut akan diadakan seperti butiran berikut:

i. Hari : Jumaat hingga Ahad

ii. Tarikh : 8, 9 dan 10 Julai 2011

iii. Tempat : Kem Wirajaya,

Hulu Langat,

Selangor Darul Ehsan

iv. Jurulatih : Jurulatih daripada Kem Wirajaya

Guru-guru dari SK Setiawangsa, KL

Jumaat, 24 Jun 2011

Ceramah Motivasi Tahun 6 pagi ini..




Gambar semasa ceramah motivasi untuk murid-murid tahun 6
yang diadakan di dewan Blok B pagi tadi. Sebelum itu, semua murid dan guru
mengadakan majlis bacaan Yassin di tempat yang sama.
:)

Jemputan Ke Hari Terbuka SK Setiawangsa

Gambar Hiasan

Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) telah selesai dijalankan pada bulan Mei yang lalu. Peperiksaan tersebut telah dijalankan bertujuan menilai tahap pencapaian semasa murid terhadap kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sepanjang penggal pertama persekolahan. Keputusan peperiksaan tersebut telah pun siap dikemaskini ke dalam buku Adab Belajar Murid.

Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir ke sekolah pada 1 Julai 2011 bermula jam 8 pagi. Di harapkan ibu bapa atau penjaga dapat meluangkan masa pada hari tersebut bagi membincangkan beberapa hal berkaitan prestasi dan sahsiah murid.

Larian 1 Murid 1 Sukan

Pada 2 Julai 2011 (Sabtu) ini semua sekolah di seluruh negara akan terlibat dalam Program Larian Serentak 1 Murid 1 Sukan 1 Malaysia. Program yg bermula serentak di seluruh negara pada pukul 7.45 pagi itu akan tercatat dalam The Malaysia Book of Record.
SK Setiawangsa turut sama menyahut seruan tersebut untuk sama-sama berhimpuan dan berlari bersama-sama dengan penuh semangat kesukanan. Ayuh semua warga SKS. Kita jumpa pada hari tersebut...!

Pelan laluan larian 1 Murid 1 Sukan SKS:

Klik gambar untuk paparan lebih jelas...


Isnin, 13 Jun 2011

Liputan Sukan : Sofbol Johan WP

Bermula pada 3 hingga 5 Mei 2011 yang lalu, satu Kejohanan Sofbol MSSWP(Peringkat Negeri) telah diadakan di SK AU Keramat. Kejohanan yang berlangsung selama 3 hari itu telah memberi suatu kenangan manis buat SK Setiawangsa apabila berjaya merampas kembali Johan Perempuan dan mencipta sejarah baru memenangi Johan bagi pasukan lelaki.

Keputusan perlawanan Pasukan Lelaki :
SK Setiawangsa(11) vs (8)SK Padang Tembak(2)
SK Setiawangsa(6) vs (5)SK Wangsa Jaya
SK Setiawangsa(19) vs (0)SJKT Segambut
SK Setiawangsa(7) vs (1)SK Padang Tembak(1)
SK Setiawangsa(21) vs (16)SK Wangsa Jaya (Perlawanan Akhir)

Keputusan perlawanan Pasukan Perempuan :
SK Setiawangsa(12) vs (2)SK Padang Tembak(2)
SK Setiawangsa(8) vs (1)AU Keramat
SK Setiawangsa(7) vs (1)SK Setapak
SK Setiawangsa(13) vs (3)SK Wangsa Jaya

Selesai Kejohanan Peringkat Negeri berikutnya diadakan pula sesi pemilihan dan latihan pusat untuk memilih wakil ke Peringkat Kebangsaan. Dalam sesi pemilihan tersebut hanya 4 orang murid lelaki dan 6 orang murid perempuan yang berjaya layak ke Latihan Pusat yang diadakan di SK Wangsa Jaya.

Diharapkan pasukan sofbol SK Setiawangsa dapat meneruskan kejayaan cemerlang ini pada tahun akan datang dan dapat mencapai keputusan lebih baik di peringkat kebangsaan.