New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Sabtu, 26 Mac 2011

Program Gotong-royong Perdana Selesai

Hari ini bersamaan 26 Mac 2011 telah pun berlangsung satu program khas "Gotong Royong Perdana". Alhamdulillah program yang dirancang berjalan lancar dengan cuaca kehadiran ibubapa, murid-murid dan dibantu oleh Angkatan Tentera Malaysia, DBKL, Alam Flora, Jabatan Kesihatan, AEON Jusco AU Keramat, Persatuan Penjaja, Jawankuasa Masjid Muaz Setiawangsa dan beberapa persatuan lain.

Pihak sekolah merakamkan jutaan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan program gotong-royong perdana ini yang bermula pada jam 8.30 pagi dengan perasmiannya telah disempurnakan Oleh YB Datuk Seri Hj. Zulhasnan Rafique Ahli Parlimen Setiawangsa.

Bekerja keras mengalihkan dahan-dahan pokok yang telah ditebang

berita bergambar dan video akan dikemaskini tidak lama lagi... harap maklum..



Ahad, 13 Mac 2011

Motivasi Diri Tahun 6

Sasaran seramai 110 orang 5A dalam UPSR pada tahun ini mungkin tidak mustahil untuk menjadi kenyataan sekiranya semua pihak yang terlibat termasuklah pelajar-pelajar tahun 6, ibu bapa dan guru-guru memberi kerjasama memastikan segala strategi atau perancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar. Sebagaimana pada tahun lepas SK Setiawangsa berjaya mengatasi sasaran 100 orang 5A apabila berjaya melahirkan seramai 107 orang mendapat keputusan 5A. Kejayaan ini adalah usaha gigih antara ketiga-tiga pihak terbabit.

Melahirkan seramai mungkin murid mendapat 5A bukanlah suatu yang mudah memandangkan setiap murid mempunyai keupayaan masing-masing dalam pelajaran. Walaubagaimanapun usaha gigih sekurang-kurangnya dapat memastikan setiap murid berjaya meningkatkan prestasi terbaik dari semasa ke semasa.

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana sasaran 110 5A dibuat? hal ini, sebenarnya berdasarkan pencapaian murid tahun 5 pada tahun 2010. Bagaimana ia boleh dicapai? Bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Oleh itu, Pihak sekolah terutama guru-guru tahun 6 giat berusaha merancang beberapa strategi bersama-sama para pentadbir bagi memastikan beberapa program ke arah kecemerlangan UPSR dapat dilaksanakan sebagai persedian sebelum murid-murid menduduki UPSR pada 13 hingga 15 September akan datang.

Pada 7 Mac lalu murid-murid tahun 6 telah terlibat dengan Motivasi Diri 2 bersama En. Osman Affan yang telah dijalankan di Dewan Blok D sekitar jam 8.30 hingg 10.30 pagi. Motivasi kali kedua ini diadakan bertujuan memastikan murid-murid tahun 6 lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi. Sebelum ini pada 13 Januari 2011 telah berlangsung Motivasi Kecemerlangan UPSR 1 oleh Dr. Kamarudin Kasim.

Motivasi Diri 1 : Dr. Kamarudin Kasim sedang menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 6

Motivasi Diri 2 : En. Osman Affan memperkenalkan teknik menghafal pantas kepada murid-murid tahun 6

Sabtu, 5 Mac 2011

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-17

Ybhg. Kol. Hj. Nawawi menyampaikan ceramah kepada ibu bapa yang hadir

Mesyuarat Agong PIBG Kali Ke-17 SK Setiawangsa telah selesai. Mesyuarat yang bermula pada jam 11 pagi telah berakhir pada jam 1.25 petang. Program Keibubapaan bertajuk Menjana Anak Cemerlang. Peranan Siapa? telah menjadi pembuka tirai. Ceramah telah berjaya disampaikan oleh Ybhg. Kol. Hj. Nawawi bin Daud. Diharapkan segala input yang telah disampaikan oleh beliau dapat dimanfaatkan oleh ibu bapa yang merupakan salah satu faktor dalam menjana kecemerlangan anak-anak.

Sesi penyampaian hadiah dan sijil kepada AJK PIBG 2010/2011 terlebih dahulu dimulakan diikuti pembubaran jawatankuasa 2010/2011 yang dipengerusikan oleh Ybhg. dato' Elli Mohd Tahir selaku YDP PIBG. Selesai pembubaran beliau mengambil alih jawatan Pengerusi sementara bagi memulakan pengundian jawatankuasa baru bagi sesi 2011/2012.

Berikut adalah senarai AJK PIBG 2011/2012 :

Penasihat : Tn. Hj. Ruslan Madon (Guru Besar)
Yang Dipertua : Dato' Elli Hj. Mohd Tahir
Naib Yang Dipertua : Ir. Hj Mufid Hj. Yassin
Setiausaha : En. Rashid Othman
Naib Setiausaha : Pn. Jasmalia Shafini Che Ku Jalil
Bendahari : Pn. Siti Rashidah M. Ahmed
Naib Bendahari 1 : Pn. Zanariah Abdullah
Naib Bendahari 2 : Pn. Sabrina Yusof

AJK Ibubapa :
1. Lt. Kol. Shaharudin Mohd Noor
2. Datin Nur Liyana Natasya Yap Abdullah
3. En. Amiruddin Sahudi
4. En. Mohd Radzi Yakob
5. En. Salikin Sidek
6. En. Syed Aznam Syed Salim
7. Hj. Jamalulail Hj. Kasmin
8. Dr. Mohamad Abu Bakar
9. Datin Norliana Alias
10. Hj. Aminuddin Abu Khalid
11. En. Mohd Hazuan Zulkifli

AJK Guru :
1. En. Abdul Hisham Abdullah
2. En. Azli Shahril Mohd Supian
3. En. Ahmad Shauki Hj. Sepian
4. En. Rahimi Hj. Ismuni
5. Pn. Norsiyati A. Rahman
6. Pn. Nazihah Yusof
7. Pn. Sohaini Rejab
8. Pn. Theresa Anak Justine Bueng

Juru Audit Dalaman :
1. En. Raisam Abdul Kadir

2. Tn. Hj. Abdullah Mohamad

Rabu, 2 Mac 2011

Kilauan Pingat Serlah Kecemerlangan SK Setiawangsa

Kejayaan demi kejayaan telah berjaya dicapai oleh SK Setiawangsa membawa kegembiraan buat seluruh warganya. Pada 17 Februari lalu, SK Setiawangsa telah diiktiraf sebagai Sekolah Berprestasi Tinggi yang kemudiannya berjaya pula tersenarai selaku penerima Anugerah Tawaran Baru atau Bai'ah pada 26 Februari.

Kejayaan ini diserikan lagi dengan kejayaan murid dalam beberapa penyertaan bermula Januari hingga Februari lepas bermula dengan Ping Pong Peringkat Zon Keramat, Catur Peringkat Zon Keramat, Challenge Interschool Competition dan Ping Pong Peringkat Negeri.

Pasukan Ping Pong


Pasukan Catur

Challenge Interschool Competition

Tahniah diucapkan kepada semua murid yang telah terlibat dalam pelbagai pertandingan tersebut. Semoga dapat membuahkan kejayaan yang lebih gemilang dalam pertandingan di peringkat seterusnya nanti.

Warga Kerja SK Setiawangsa Terima Bai'ah


Pada tanggal 26 Februari lalu, Seperti dijanjikan, 586 Guru Besar dan Pengetua cemerlang telah diberi ganjaran melalui tawaran baru melibatkan peruntukan RM18.4 juta. Kejayaan meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik, juga menyaksikan staf sokongan sekolah turut menerima habuan. Pencapaian cemerlang itu dicatat lebih 70 peratus sekolah luar bandar.

Kumpulan pertama itu diumum sendiri Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Merlimau, Melaka. Ganjaran wang RM7,500 diberikan kepada pengetua atau guru besar sekolah. Guru cemerlang lain di sekolah sama, RM1,800. Manakala guru lain-lain di sekolah sama mendapat ganjaran RM900.

Pada peringkat awal kementerian menyasarkan 2 peratus sekolah akan berjaya mendapat insentif tawaran baru. Namun sekolah yang berjaya melangkaui sasaran skor komposit di tetapkan berjaya di catat pada 7.7 peratus, peningkatan 300 peratus dari matlamat awal.
Daripada 586 penerima, 437 adalah penerima dari sekolah luar bandar.

Alhamdulillah, SK Setiawangsa berjaya tergolong dalam kumpulan pertama selaku penerima ganjaran wang tersebut yang juga dikenali sebagai bai'ah. Seluruh warga kerja SK Setiawangsa pastinya gembira dengan Anugerah tersebut dan cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa-masa akan datang.