New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Ahad, 25 September 2011

Majlis Sambutan Hari Raya Peringkat Sekolah 2011

Majlis yang meriah dan penuh keceriaan tersebut telah diadakan pada hari Jumaat (23 Sep 2011) yang lalu. Berikut adalah sedikit gambar sekitar majlis.




Ahad, 11 September 2011

Jadual Ujian Formatif 3 2011

Tahun 1, 5 dan 6 (sesi pagi)

Tahun 2, 3 dan 4 (sesi petang)

*klik pada gambar untuk paparan lebih jelas.

Khamis, 25 Ogos 2011

Cuti bermula..ambil langkah-langkah keselamatan apabila meninggalkan rumah..

Sebelum meninggalkan rumah anda, sila maklumkan kepada Rakan Cop melalui SMS:

POLISKL BK [alamat] [tarikh bercuti] dan hantarkan ke 32728

lagi...

BORANG MAKLUMAT BALIK KAMPUNG (PDRM)

Selamat pulang ke kampung halaman masing-masing. Memandulah dengan cermat dan berhati-hati.

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI

MAAF ZAHIR DAN BATIN

daripada

blog berita SKS

CUTI RAYA 2011 DAN MAKLUMAN PEP. UPSR

Berikut adalah maklumat-maklumat yang berkaitan:

1. Cuti pertengahan semester kedua : 27/8/2011 – 4/9/2011

2. UPSR : 13/9/2011 – 15/9/2011 (Selasa, Rabu dan Khamis)

3. Jadual giliiran hadir ke sekolah sempena UPSR:

HARI

TARIKH

MASA

SESI

12 SEP 2011

TAHUN 1 & TAHUN 6 SAHAJA

TAHUN 2 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

1.00 – 6.30 PM

PAGI

PETANG

13 SEP 2011

TAHUN 5 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

14 SEP 2011

TAHUN 4 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

15 SEP 2011

TAHUN 3 SAHAJA

7.30 – 1.00 PM

PAGI

16 SEP 2011

CUTI SEMPENA PENUBUHAN MALAYSIA

4. Ujian formatif 3 (tahun 1 – 5): 20/9/2011

Sabtu, 30 Julai 2011

Ceramah P&P dan Bengkel Menanda Kertas Peperiksaan

Mengakhiri bulan Julai 2011, pihak sekolah telah menganjurkan satu program dianamakan "Bengkel Pemeriksaan Kertas Subjektif UPSR"
Bengkel tersebut melibatkan semua guru-guru SK Setiawangsa, KL.
Dimulakan pada jam 8.15 pagi, pengisian pada hari tersebut adalah:

1. Ceramah berkenaan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan yang disampaikan oleh Pn. Ashah bt. Samah. Dijalankan di bilik gerakan, kelihatan semua guru memberikan perhatian yang sepenuhnya kerana kaedah penyampaian yang menarik dan informasi yang sangat dekat dengan persekitaran guru-guru sekolah ini.

2. Bengkel penandaan kertas pula dilaksanakan di dua venue yang berasingan iaitu:
i. Bahasa Inggeris - Bilik Gerakan
ii. Bahasa Melayu - Bilik Media

3. Aktiviti panitia :
i. Matematik
ii. Sains
iii. Pend. Agama Islam

Program pada hari tersebut berakhir pada jam 1.15 pm dengan semua guru menjamu selesa di kantin sekolah.

Download bahan ceramah di sini:
P&P berkesan
sistem fail

Jumaat, 29 Julai 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm

Pada hari rabu yang lalu bersamaan 27 Julai 2011, kami seramai 130 orang murid dan guru. termasuk 7 orang murid dari SK Melawati turut mengikuti siri kedua Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm yang terletak di Slim River, Perak. Kami telah memulakan perjalanan dengan menaiki 3 buah bas bermula jam 8 pagi. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kami tentang perusahaan ternakan kambing disamping menimba beberapa pengetahuan dan pengalaman baru.

Lokasi 1 : Al-Hilmi Agrofarm
Lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di lokasi yang dijanjikan iaitu di Al-Hilmi Agrofarm. Kedatangan kami disambut dengan begitu baik oleh pemilik Ladang tersebut bersama beberapa orang pekerjanya. Sebelum memulakan program kami mendengar ucapan dan menjamu hidangan yang sudah siap disediakan iaitu nasi lemak ayam goreng, rambutan, langsat, manggis, durian dan sup kambing.

Selepas menjamu selera, kami semua diberi sedikit taklimat dan bergerak ke beberapa lokasi yang berkaitan termasuklah tempat memproses makanan, penyembelihan, baja dan beberapa tempat lagi. Banyak juga pengatahuan baru yang telah kami perolehi sepanjang menjalani lawatan ke lokasi-lokasi yang terdapat di sekitar ladang tersebut. Sebelum bergerak keluar dari Al-Hilmi Agrofarm, kami diberi beg plastik untuk mengisi buah-buahan untuk dibawa pulang dan juga diberikan cenderamata.

Lokasi 2 : Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah
Lawatan pertama telah pun selesai, kami meneruskan perjalanan ke lokasi kedua iaitu Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah. Di sini terdapat beberapa buah kolam air panas yang di bina untuk orang ramai berendam. Selain kolam air panas terdapat juga kolam air gunung tempat untuk bermandi-manda. Agak malang bagi kami kerana tidak dapat mandi di kolam tersebut kerana petugas disini sedang membersihkan kolam tersebut. Walaubagaimanapun kami tetap berpuashati kerana berpeluang untuk berendam di dalam kolam air panas yang telah tersedia.

Selepas puas berendam kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu merebus telur. Sebenarnya terdapat tempat khusus telah disediakan untuk merebus telur. Kami hanya perlu membeli beberapa biji telur dan merebusnya dengan cara yang betul. Ini juga merupakan pengalaman menarik bagi kami.

Lokasi 3 : Kentucky Fried Chicken
Kami seterusnya bergerak pulang selepas siap menjalankan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Klah. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah sebentar di Restoran Jejantas untuk menunaikan solat dan juga makan. Seronok rasanya dapat makan KFC bersama rakan-rakan. Kami makan 2 ketul setiap seorang, ada juga yang lebih mungkin lapar agaknya.

Program lawatan sambil belajar ini memberi peluang untuk kami semua menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Tepat Jam 7.15 malam kami selamat tiba di sekolah. Alhamdulillah semuanya selamat dan seronok dengan program yang telah dijalankan ini. Semoga beberapa siri lawatan seperti ini dapat dirancang dan dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin tidak terdapat di sekolah.