New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Selasa, 1 Februari 2011

Bermulanya Latihan Sukan 2011

Sepanjang semester pertama ini, beberapa siri latihan sukan akan dimulakan. Sesi latihan rumah sukan bagi persiapan Sukan Tahunan Sekolah yang bakal berlangsung di UIA Gombak pada 16 April 2011 akan bermula awal Februari ini. Penglibatan semua murid tahap 2 adalah diwajibkan melainkan mempunyai pengecualian melalui surat kepada guru yang terlibat.

Di samping itu turut berlangsung latihan beberapa jenis sukan yang melibatkan wakil sekolah dalam beberapa jenis sukan seperti bola tampar, ping pong, bola sepak, bola jaring, sofbol, olahraga dan beberapa jenis sukan lagi. Latihan ini tertumpu kepada murid yang berjaya dipilih setelah melalui ujian pemilihan mengikut bidang sukan yang dipilih masing-masing.




Hasrat: SK Setiawangsa berharap dapat mengulangi pencapaian terbaik merangkul Johan Sofbol (P) Peringkat Negeri dan Ketiga Sofbol (L) Peringkat Negeri tahun 2009.






Oleh itu, ibu bapa sangat diharapkan agar sentiasa memantau prestasi anak dari semasa ke semasa agar yang dikejar dapat dan yang dikendong pula tidak berciciran. Semangat serta dorongan daripada ibu bapa adalah merupakan salah satu faktor terhadap kejayaan murid.

Pihak sekolah mengucapkan jutaan terima kasih dan tahniah kepada mereka yang berjaya dipilih untuk mewakili sekolah. Semoga latihan yang giat dimulakan ini dapat membuahkan hasil dalam membantu menaikkan nama SK Setiawangsa. Kami juga berharap agar penyertaan murid mewakili sekolah dapat membentuk sahsiah diri yang baik serta sentiasa bersemangat.