Gambar Hiasan
Peperiksaan Kendalian Sekolah Rendah (PKSR 1) telah selesai dijalankan pada bulan Mei yang lalu. Peperiksaan tersebut telah dijalankan bertujuan menilai tahap pencapaian semasa murid terhadap kemahiran-kemahiran yang telah dipelajari sepanjang penggal pertama persekolahan. Keputusan peperiksaan tersebut telah pun siap dikemaskini ke dalam buku Adab Belajar Murid.
Ibu bapa atau penjaga dijemput hadir ke sekolah pada
1 Julai 2011 bermula jam 8 pagi. Di harapkan ibu bapa atau penjaga dapat meluangkan masa pada hari tersebut bagi membincangkan beberapa hal berkaitan prestasi dan sahsiah murid.