New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Ahad, 13 Mac 2011

Motivasi Diri Tahun 6

Sasaran seramai 110 orang 5A dalam UPSR pada tahun ini mungkin tidak mustahil untuk menjadi kenyataan sekiranya semua pihak yang terlibat termasuklah pelajar-pelajar tahun 6, ibu bapa dan guru-guru memberi kerjasama memastikan segala strategi atau perancangan yang telah diatur berjalan dengan lancar. Sebagaimana pada tahun lepas SK Setiawangsa berjaya mengatasi sasaran 100 orang 5A apabila berjaya melahirkan seramai 107 orang mendapat keputusan 5A. Kejayaan ini adalah usaha gigih antara ketiga-tiga pihak terbabit.

Melahirkan seramai mungkin murid mendapat 5A bukanlah suatu yang mudah memandangkan setiap murid mempunyai keupayaan masing-masing dalam pelajaran. Walaubagaimanapun usaha gigih sekurang-kurangnya dapat memastikan setiap murid berjaya meningkatkan prestasi terbaik dari semasa ke semasa.

Mungkin anda tertanya-tanya, bagaimana sasaran 110 5A dibuat? hal ini, sebenarnya berdasarkan pencapaian murid tahun 5 pada tahun 2010. Bagaimana ia boleh dicapai? Bak kata pepatah "kalau tak dipecahkan ruyung manakan dapat sagunya". Oleh itu, Pihak sekolah terutama guru-guru tahun 6 giat berusaha merancang beberapa strategi bersama-sama para pentadbir bagi memastikan beberapa program ke arah kecemerlangan UPSR dapat dilaksanakan sebagai persedian sebelum murid-murid menduduki UPSR pada 13 hingga 15 September akan datang.

Pada 7 Mac lalu murid-murid tahun 6 telah terlibat dengan Motivasi Diri 2 bersama En. Osman Affan yang telah dijalankan di Dewan Blok D sekitar jam 8.30 hingg 10.30 pagi. Motivasi kali kedua ini diadakan bertujuan memastikan murid-murid tahun 6 lebih bersedia dan bersemangat untuk menghadapi UPSR tidak lama lagi. Sebelum ini pada 13 Januari 2011 telah berlangsung Motivasi Kecemerlangan UPSR 1 oleh Dr. Kamarudin Kasim.

Motivasi Diri 1 : Dr. Kamarudin Kasim sedang menyampaikan ceramah kepada murid-murid tahun 6

Motivasi Diri 2 : En. Osman Affan memperkenalkan teknik menghafal pantas kepada murid-murid tahun 6