New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Rabu, 2 Mac 2011

Warga Kerja SK Setiawangsa Terima Bai'ah


Pada tanggal 26 Februari lalu, Seperti dijanjikan, 586 Guru Besar dan Pengetua cemerlang telah diberi ganjaran melalui tawaran baru melibatkan peruntukan RM18.4 juta. Kejayaan meningkatkan pencapaian sekolah pada kedudukan lebih baik, juga menyaksikan staf sokongan sekolah turut menerima habuan. Pencapaian cemerlang itu dicatat lebih 70 peratus sekolah luar bandar.

Kumpulan pertama itu diumum sendiri Menterinya, yang juga Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin, di Merlimau, Melaka. Ganjaran wang RM7,500 diberikan kepada pengetua atau guru besar sekolah. Guru cemerlang lain di sekolah sama, RM1,800. Manakala guru lain-lain di sekolah sama mendapat ganjaran RM900.

Pada peringkat awal kementerian menyasarkan 2 peratus sekolah akan berjaya mendapat insentif tawaran baru. Namun sekolah yang berjaya melangkaui sasaran skor komposit di tetapkan berjaya di catat pada 7.7 peratus, peningkatan 300 peratus dari matlamat awal.
Daripada 586 penerima, 437 adalah penerima dari sekolah luar bandar.

Alhamdulillah, SK Setiawangsa berjaya tergolong dalam kumpulan pertama selaku penerima ganjaran wang tersebut yang juga dikenali sebagai bai'ah. Seluruh warga kerja SK Setiawangsa pastinya gembira dengan Anugerah tersebut dan cuba untuk melakukan sesuatu yang lebih baik pada masa-masa akan datang.