New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Sabtu, 30 Julai 2011

Ceramah P&P dan Bengkel Menanda Kertas Peperiksaan

Mengakhiri bulan Julai 2011, pihak sekolah telah menganjurkan satu program dianamakan "Bengkel Pemeriksaan Kertas Subjektif UPSR"
Bengkel tersebut melibatkan semua guru-guru SK Setiawangsa, KL.
Dimulakan pada jam 8.15 pagi, pengisian pada hari tersebut adalah:

1. Ceramah berkenaan Pengajaran & Pembelajaran Berkesan yang disampaikan oleh Pn. Ashah bt. Samah. Dijalankan di bilik gerakan, kelihatan semua guru memberikan perhatian yang sepenuhnya kerana kaedah penyampaian yang menarik dan informasi yang sangat dekat dengan persekitaran guru-guru sekolah ini.

2. Bengkel penandaan kertas pula dilaksanakan di dua venue yang berasingan iaitu:
i. Bahasa Inggeris - Bilik Gerakan
ii. Bahasa Melayu - Bilik Media

3. Aktiviti panitia :
i. Matematik
ii. Sains
iii. Pend. Agama Islam

Program pada hari tersebut berakhir pada jam 1.15 pm dengan semua guru menjamu selesa di kantin sekolah.

Download bahan ceramah di sini:
P&P berkesan
sistem fail

Jumaat, 29 Julai 2011

Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm

Pada hari rabu yang lalu bersamaan 27 Julai 2011, kami seramai 130 orang murid dan guru. termasuk 7 orang murid dari SK Melawati turut mengikuti siri kedua Lawatan Sambil Belajar ke Al-Hilmi Agrofarm yang terletak di Slim River, Perak. Kami telah memulakan perjalanan dengan menaiki 3 buah bas bermula jam 8 pagi. Tujuan lawatan ini adalah untuk memberi sedikit sebanyak pendedahan kepada kami tentang perusahaan ternakan kambing disamping menimba beberapa pengetahuan dan pengalaman baru.

Lokasi 1 : Al-Hilmi Agrofarm
Lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di lokasi yang dijanjikan iaitu di Al-Hilmi Agrofarm. Kedatangan kami disambut dengan begitu baik oleh pemilik Ladang tersebut bersama beberapa orang pekerjanya. Sebelum memulakan program kami mendengar ucapan dan menjamu hidangan yang sudah siap disediakan iaitu nasi lemak ayam goreng, rambutan, langsat, manggis, durian dan sup kambing.

Selepas menjamu selera, kami semua diberi sedikit taklimat dan bergerak ke beberapa lokasi yang berkaitan termasuklah tempat memproses makanan, penyembelihan, baja dan beberapa tempat lagi. Banyak juga pengatahuan baru yang telah kami perolehi sepanjang menjalani lawatan ke lokasi-lokasi yang terdapat di sekitar ladang tersebut. Sebelum bergerak keluar dari Al-Hilmi Agrofarm, kami diberi beg plastik untuk mengisi buah-buahan untuk dibawa pulang dan juga diberikan cenderamata.

Lokasi 2 : Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah
Lawatan pertama telah pun selesai, kami meneruskan perjalanan ke lokasi kedua iaitu Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah. Di sini terdapat beberapa buah kolam air panas yang di bina untuk orang ramai berendam. Selain kolam air panas terdapat juga kolam air gunung tempat untuk bermandi-manda. Agak malang bagi kami kerana tidak dapat mandi di kolam tersebut kerana petugas disini sedang membersihkan kolam tersebut. Walaubagaimanapun kami tetap berpuashati kerana berpeluang untuk berendam di dalam kolam air panas yang telah tersedia.

Selepas puas berendam kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu merebus telur. Sebenarnya terdapat tempat khusus telah disediakan untuk merebus telur. Kami hanya perlu membeli beberapa biji telur dan merebusnya dengan cara yang betul. Ini juga merupakan pengalaman menarik bagi kami.

Lokasi 3 : Kentucky Fried Chicken
Kami seterusnya bergerak pulang selepas siap menjalankan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Klah. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah sebentar di Restoran Jejantas untuk menunaikan solat dan juga makan. Seronok rasanya dapat makan KFC bersama rakan-rakan. Kami makan 2 ketul setiap seorang, ada juga yang lebih mungkin lapar agaknya.

Program lawatan sambil belajar ini memberi peluang untuk kami semua menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Tepat Jam 7.15 malam kami selamat tiba di sekolah. Alhamdulillah semuanya selamat dan seronok dengan program yang telah dijalankan ini. Semoga beberapa siri lawatan seperti ini dapat dirancang dan dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin tidak terdapat di sekolah.

Isnin, 11 Julai 2011

PBUB Tahun 5 2011

Peserta menjalankan latihan kawad..

Pada 8-10 Julai telah berlangsung satu siri perkhemahan unit beruniform tahun 5 anjuran Pengakap SK Setiawangsa. Perkhemahan ini turut disertai oleh beberapa orang wakil murid daripada SK Kementah dan SK Desa Tun Hussein Onn. Seramai 124 murid yang telah terlibat dengan penyertaan turut dibuka kepada murid tahun 4.

Para peserta menunaikan solat darurat di dalam hutan ketika melaksanakan aktiviti merentas hutan dan memasak.


Pelbagai aktiviti telah dijalankan sepanjang berada di Kem Wirajaya Sungai Congkak. Aktiviti yang dijalankan pastinya memberi input kepada murid bukan sahaja ketahanan fizikal dan mental bahkan turut diterapkan nilai kerohanian agar murid menjadi seorang yang bukan sahaja cerdas minda, cergas fizikal tetapi turut menjadi seorang yang berjiwa luhur.

Semoga input-input yang diperolehi dapat dipraktikkan dalam kehidupan seharian dan murid-murid dapat terus melibatkan diri secara aktif dalam beberapa siri perkhemahan yang akan dianjurkan pada masa-masa akan datang.

Makan nasi dalam dulang... biasanya satu dulang makan 4 orang tapi kali ni 7 orang... huhh

Latihan Kebakaran


Pada Hari Khamis (7 Julai 2011) telah berlangsung satu latihan kebakaran yang dikelolakan oleh unit keselamatan sekolah yang diketuai oleh Cikgu Hisham. Program tersebut mendapat kerjasama dengan pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Jalan Jelatek.
Program tersebut bermula tepat jam 9.10 pagi. Loceng kecemasan dibunyikan pada jam tersebut menandakan semulasi kebakaran telah bermula. Murid-murid turun dengan diiringi oleh guru mengikut tangga yang telah ditetapkan. Program tersebut antara lainnya memberi peluang kepada guru dan murid melihat dan mempraktikkan cara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
Program ini telah berlangsung dengan begitu lancar dan telah memberikan banyak info yang berguna kepada warga sekolah.

Khamis, 7 Julai 2011

Senarai nama murid perkhemahan Tahun 5

Berikut adalah senarai nama murid tahun 5 yg menyertai perkhemahan.
Nama murid tahun 4 akan dinaikkan sedikit masa lagi... :)

Tahun 5
Tahun 4

SENARAI ALATAN/KEPERLUAN PERKHEMAHAN