
Pada Hari Khamis (7 Julai 2011) telah berlangsung satu latihan kebakaran yang dikelolakan oleh unit keselamatan sekolah yang diketuai oleh Cikgu Hisham. Program tersebut mendapat kerjasama dengan pihak Bomba dan Penyelamat Malaysia Cawangan Jalan Jelatek.
Program tersebut bermula tepat jam 9.10 pagi. Loceng kecemasan dibunyikan pada jam tersebut menandakan semulasi kebakaran telah bermula. Murid-murid turun dengan diiringi oleh guru mengikut tangga yang telah ditetapkan. Program tersebut antara lainnya memberi peluang kepada guru dan murid melihat dan mempraktikkan cara memadam kebakaran menggunakan alat pemadam api jenis serbuk kering.
Program ini telah berlangsung dengan begitu lancar dan telah memberikan banyak info yang berguna kepada warga sekolah.