Lokasi 1 : Al-Hilmi Agrofarm
Lebih kurang jam 10 pagi kami tiba di lokasi yang dijanjikan iaitu di Al-Hilmi Agrofarm.
Selepas menjamu selera, kami semua diberi sedikit taklimat dan bergerak ke beberapa lokasi yang berkaitan termasuklah tempat memproses makanan, penyembelihan, baja dan beberapa tempat lagi. Banyak juga pengatahuan baru yang telah kami perolehi sepanjang menjalani lawatan ke lokasi-lokasi yang terdapat di sekitar ladang tersebut. Sebelum bergerak keluar dari Al-Hilmi Agrofarm, kami diberi beg plastik untuk mengisi buah-buahan untuk dibawa pulang dan juga diberikan cenderamata.
Lokasi 2 : Taman Rekreasi Air Panas, Sungai Klah
Selepas puas berendam kami bersiap sedia untuk melakukan aktiviti seterusnya iaitu merebus telur. Sebenarnya terdapat tempat khusus telah disediakan untuk merebus telur. Kami hanya perlu membeli beberapa biji telur dan merebusnya dengan cara yang betul. Ini juga merupakan pengalaman menarik bagi kami.
Lokasi 3 : Kentucky Fried Chicken
Kami seterusnya bergerak pulang selepas siap menjalankan aktiviti di Taman Rekreasi Sungai Klah. Dalam perjalanan pulang ke Kuala Lumpur kami sempat singgah sebentar di Restoran Jejantas untuk menunaikan solat dan juga makan. Seronok rasanya dapat makan KFC bersama rakan-rakan. Kami makan 2 ketul setiap seorang, ada juga yang lebih mungkin lapar agaknya.
Program lawatan sambil belajar ini memberi peluang untuk kami semua menimba ilmu pengetahuan, bak kata pepatah jauh perjalanan luas pemandangan. Tepat Jam 7.15 malam kami selamat tiba di sekolah. Alhamdulillah semuanya selamat dan seronok dengan program yang telah dijalankan ini. Semoga beberapa siri lawatan seperti ini dapat dirancang dan dilaksanakan agar dapat memberi peluang kepada murid-murid menimba seberapa banyak ilmu yang mungkin tidak terdapat di sekolah.