New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Isnin, 21 Februari 2011

Menyambut Kepulangan Guru Besar SBT

Menyingkap kembali sejarah lalu SK Setiawangsa pada mulanya menjadi Sekolah Harapan Negara (2002), kemudiannya diiktiraf sebagai Sekolah Kluster Kecemerlangan(2008) kini maju setapak lagi menggapai anugerah tertinggi iaitu Anugerah Berperestasi Tinggi(SBT) bagi kohort kedua 2011.

Kejayaan yang dicapai ini telah memberi satu kebanggaan buat warga SK Setiawangsa. Oleh itu, satu Majlis Khas Menyambut Ketibaan Tunggak Utama Sekolah iaitu TN. Hj. Ruslan Madon dirancang dan telah berjaya dilangsungkan pada 21 Februari 2011. Alhamdulillah walaupun persiapan dilakukan secara mengejut, namun sambutan ini dilihat begitu meriah dengan wajah guru-guru dan murid-murid kelihatan begitu ceria menyambut kepulangan beliau. Turut diraikan Pn. Hjh. Siti Rokiah Salleh mantan GPK1 SK Setiawangsa yang merupakan antara orang kuat yang telah sama-sama membantu SK Setiawangsa mendapatkan Pengiktirafan SBT tersebut.
Tn. Hj. Ruslan kelihatan ceria menunjukkan Sijil Pengiktirafan SBT...

Tn. Hj. Ruslan menyatakan rasa terharu dan terkejut dengan sambutan yang telah diadakan dan mengucapkan terima kasih kepada semua yang terlibat dalam menjayakan majlis tersebut. Pada Akhir ucapan, Tn. Hj. Ruslan Madon mengucapkan terima kasih kepada Guru Penolong Kanan, guru-guru, ibu bapa, PIBG dan murid-murid. Beliau juga berharap semua guru dapat menghayati program pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi dan murid-murid dapat meneruskan kecemerlangan agar gelaran pengiktirafan Sekolah Berprestasi Tinggi ini tidak ditarik balik.

Tn. Hj Ruslan Madon memotong kek sambil diperhatikan
oleh Pn. Mariam, Pn. Hjh. Siti Rokiah dan En. Sukardi


Majlis tersebut telah diakhiri dengan sesi memotong pulut kuning dan sesi bergambar guru-guru bersama Tn. Hj. Ruslan Madon. Semoga pengiktirafan ini menjadi satu batu loncatan untuk sentiasa melakukan sesuatu yang terbaik pada masa akan datang.
Isyarat bagus tanda bangga dengan kejayaan yang telah dicapai


Bahagian 1