New! beritaskskl.com powered by mediaSKS 2012
Mesyuarat Agung PIBG, Kursus Gubal Soalan dan Program Pembangunan Ping-Pong 2012 <Click Here>

Sabtu, 19 Februari 2011

Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT)

Barangkali ada yang bertanya dan kurang memahami berkenaan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT). Apakah yang dimaksudkan dengan SBT? Mengapa SK Setiawangsa berasa begitu berbangga dengan penganugerahan ini?...

LATAR BELAKANG

Hasrat untuk mengenal pasti dan mewujudkan Sekolah Berprestasi Tinggi (SBT) telah diumumkan oleh Y.A.B Perdana Menteri Malaysia dalam ucapannya di Majlis Perhimpunan Bersama Anggota Pentadbiran dan Penjawat Awam serta Government Linked Companies (GLC) di Pusat Konvensyen Antarabangsa (PICC) pada 27 Julai 2009.

".....sebagai projek perintis, sebanyak 100 buah sekolah, terdiri daripada jenis harian biasa, sekolah bestari, sekolah kluster dan Sekolah Berasrama Penuh. Dengan ini, kita akan menyediakan persekitaran pelajaran dan pembelajaran yang kondusif serta menggalakkan kerjasama antara sektor awam dan sektor swasta bagi memacu lagi pencapaian pelajar. Semua rencana ini akan dilaksanakan dalam tempoh tiga tahun sebelum penamat 2012".

(YAB Dato' Seri Mohd Najib Bin Tun Haji Abdul Razak, PICC, 27 Julai 2009)

Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) telah menyediakan pelan tindakan untuk mengenal pasti 100 SBT menjelang 2012. Usaha ini sejajar dengan hasrat "1Malaysia: Rakyat Didahulukan, Pencapaian Diutamakan".

Pada 9 September 2009, KPM mengambil keputusan untuk mengiktiraf 100 buah sekolah yang terdiri daripada sekolah kerajaan dan sekolah bantuan kerajaan menjadi SBT serta menubuhkan Sektor SBT di Bahagian Pengurusan Sekolah Berasrama Penuh dan Sekolah Kluster (BPSBPSK) supaya pengurusan SBT dapat dilaksanakan dengan efisien.

Sebanyak 20 buah sekolah telah diumumkan sebagai SBT kohort 1 oleh YAB Menteri Pelajaran pada 25 Januari 2010. Majlis pengiktirafan SBT telah diadakan di Sekolah Menengah Aminuddin Baki, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada 29 Januari 2010.

[Baca lagi...

Sumber : bpsbpsk.webs.com/sekolahberprestasitinggi.htm